Saturday 30 June 2012

Aaaaaaaahhhhhh




Jangan tengok!!!!

Malu laaaah

Aus nak mandi dulu, nanti kita cerita-cerita lagi ya

Tuesday 26 June 2012

Setahun Sudah

Assalamualaikum...

Ehhhh?? Aus sudah setahun, yaayyy!!

Sudah pandai membaca! heeeee..

Ada kek birthday tuuuu... eiiii besttnyer..

Ummi dan Walid la la la la la..

Jom laaaaaaa.. sapa nak makan ni??

Okay, babai dulu.. Aus nak bukak hadiah.. Jumpa lagiiiiiiiiii

Wednesday 30 May 2012

Balik kampung

Salam,
Dah lama Aus tak bercerita.
Semua orang kate semua orang bizi, tak ada siapa nak tolong Aus update blog.
Sekarang Aus kat kampung.
Cuti.
Aus belum sekolah tapi Ummi dan Walid cuti.
Aus cutilah jugak.
Ada Cikdah kat kampung semalam.
Dia amekkan gambar Aus.
Nak tengok?
Tadaaaaaa



Sewaktu gambar ni diambil, Aus umur 11 bulan 4 hari.

Ok, lah.
Dah malam ni.
Aus nak tido.
Babai!!

Monday 20 February 2012

Gambar lama

Salam.
Apa khabar semua?
Dua tiga hari ni Aus takde cerita menarik.
Semuanya biasa-biasa aje.
Jadi, malam ni Aus nak tunjuk gambar lama je lah.
Gambar-gambar kat rumah Kakak.
Aus selalu pergi rumah Kakak.
Kakak pun selalu datang rumah Aus.






Ada banyak lagi gambar kat rumah Kakak ni.
Nanti Aus tunjuk lagi, okay.
Babai dulu.
Jumpa lagi ;-)

Thursday 16 February 2012

Ulang Tahun Perkahwinan Ummi dan Walid

Salam.
Hari ni adalah ulang tahun perkahwinan Ummi dan Walid yang kedua.

Sampai ke bawah meja saya cari mereka nak ucap selamat tapi tapi tak jumpa pun...

Jadi saya pun main bola lah dulu.

Ada Asma al-Husna pulak kat tv, terus saya merangkak pantas. Saya suka sangat Asma al-Husna.

Lepas tengok Asma al-Husna nih, saya mandi dan pakai cantik-cantik.

Saya nak call Makcik saya ajak keluar makan sempena ulang tahun Ummi dan Walid yang kedua ni. Saya panjat sendiri meja ni nak ambil henfon Walid.

Tapi....... jauh sangat laaaa.. tak dapat capai.

Tak dapat ajak Makcik saya keluar makan sebab Walid kata budak-budak kena tidur awal.

Saya nak tidur.

Tapi, sebelum tu saya nak terima kasih Anty Rozana/Reana, Acik Fakharudin (ehhhh, bukan Walid ke tu? hmmm) dan Acik abdi daif kerana sudi kawan dengan saya.

Jumpa lagi.

Babai.

Wednesday 15 February 2012

Saya Dah Big Boy

Salam.
Memula sekali saya nak terima kasih Acik tandjungsari dan Acik tasekM kerana sudi berkawan dengan saya.
Terima kasih jugak Acik tasekM sebab kate saya tomei heee *sipu-sipu*.
Hari isnin tu saya pegi klinik dengan Ummi sama Walid.
Acik Doktor kata saya dah big boy.
Berat saya dah 9.4kg!
Dan saya juga dah tak boleh makan makanan kisar lagi sebab saya big boy.
Oh, ya! Saya juga dah boleh berdiri sendiri dan bertatih dengan berpegang pada meja.
 Haaaa tengok tengok, saya nak bangun ni.....
Yeeyyyy dapat! Geram betul tengok botol bedak ni...
Ini pulak menu terbaru saya, makanan cincang.
Yummy. Ummi memang pandai masak. Sambil makan saya juga belajar berjalan.

Dah kenyang makan kena la kemas lantai kan.

Itu saja cerita saya untuk hari ini.
Jumpa lagi.
Babai.

Sunday 12 February 2012

Makan Petang

Salam.
Bertemu kembali.
Heee macam pengacara tivi pulak.
Petang ni Ummi dan Poksu Eyi pergi pasar malam.
Tinggal saya dengan Walid kat rumah.
Jadi, Walidlah yang kena sediakan makan petang saya.
Serta melayan saya makan.
Ishhh jauhnya Walid letak makanan ni.
Tak dapat nak capai ;-)
Yummy.
 Baju dah comot lah pulak.
Walid kata tak payah pakai baju tapi saya malu.
Daaaaaaahhhhhh.
Kenyang!
Inilah makanan kegemaran saya.
Biskut Milna.
Itu saja cerita saya untuk hari ni.
Jumpa lagi.
Babai.